Dania Optometry

Tentang Kami

Pakar masalah penglihatan & sakit kepala anda

SELAMAT DATANG

Dania Optometry

Nurulwahi merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dania Optometry Center Sdn Bhd sejak tahun 2012. Permulaan pertubuhan Dania Optometry Center Sdn Bhd adalah hasil titik peluh dan penat lelah Nurulwahi dan suami beliau, Muhammad Farid sebagai pengasas.

Pada tahun 2011, beliau mula menjalankan bisnes cermin mata secara mobile di sekitar Selangor.

Beliau telah berhenti kerja dan berhijrah ke Kampung (F) Tenggaroh pada tahun 2012. Pada tahun tersebut sehingga 2013, beliau telah menjalankan Bisnes Cermin Mata Mobile di sekitar Daerah Mersing dan Kota Tinggi. Bisnes ini hanya fokuskan kawasan Felda & pejabat Kerajaan.

Pada tahun 2014, beliau bersama suaminya telah membuka sebuah Outlet Dania Optometry Center yang pertama di Saujana Utama, Selangor. Kejayaan demi kejayaan telah dikecapi sehingga beliau membuka sebuah lagi Outlet yang kedua di Mersing, Johor pada 2017.

2018 hingga 2019, beliau telah sambung belajar dalam pengkhususan Cek Mata & Terapi Penglihatan.

Dania Optometry merancang untuk meluaskan jajahan dengan menambah lagi 5 cawangan dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Nurulwahi binti Md Rasib

Founder, senior Consultant Optometrist

VISI

Menjadi pusat optometri paling dipercayai dalam membantu menyelesaikan masalah penglihatan dan sakit kepala yang disebabkan oleh mata di sekitar Selangor dan Johor pada tahun 2030.

MISI

Kami menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata yang menyeluruh dan konsultasi berkaitan mata dan penglihatan yang mudah difahami termasuklah membantu pelanggan mendapatkan alat bantu penglihatan seperti cermin mata, kanta sentuh dan terapi penglihatan yang berkualiti pada harga mampu milik.

Kami juga bekerjasama dengan pihak sekolah, pejabat kerajaan dan pihak swasta untuk membantu mereka mendapatkan kesedaran berkaitan kepentingan mata dalam memacu kecemerlangan akademik dan menjamin kualiti kerja bagi melestarikan kehidupan lebih bermakna. lebih bermn

Senior Consultant Optometrist

Nurulwahi Md Rasib

Founder, Senior Consultant Optometrist

MUHAMMAD FARID BIN MD NOH

Senior Consultant Optometrist (Saujana Utama, Selangor)

NURUL AZREEN SHAHIRAH BINTI ADNAN

Senior Optometrist (Mersing, Johor)

OPTICAL CONSULTANT

NORAMIRA BINTI MOHD MOKHTAR

Optical Consultant (Saujana Utama, Selangor)

NUR AIYSAH BINTI MOHAMAD YUSOF

Optical Consultant (Saujana Utama, Selangor)

NURUL SHAFIKA BINTI ZAINUDDIN

Optical Consultant (Mersing, Johor)

NUR NAJIHAH BINTI SES

Optical Consultant (Mersing, Johor)